• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Varian Mu Dikesan Di Malaysia – MOSTI

oleh
01/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada varian Mu Covid-19 dikesan daripada sampel-sampel yang diambil di seluruh negara sehingga kini, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut kenyataan MOSTI hari ini sehingga 30 September lalu, sejumlah 1,312 sampel dianalisis oleh konsortium merangkumi tujuh makmal seterusnya meningkatkan jumlah genom yang dimuat naik ke Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) kepada 3,009.

Menurut MOSTI makmal-makmal tersebut adalah Institut Genom Malaysia (GMI); Institut Penyelidikan Perubatan (IMR); Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI); Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM); Jabatan Mikrobiologi Fakulti Perubatan UM; Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara serta Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak.

Menerusi analisis itu, sebanyak 1,246 sampel atau 94.9 peratus dikenal pasti sebagai varian jenis delta, 11 sampel beta dan 55 dari varian lain yang sampel-sampel tersebut dipilih oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan diambil dari seluruh negara.

“Varian delta ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar infektiviti yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya kluster baru tempatan dengan pantas,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOSTI maklumat tentang varian dan penularan varian amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus untuk membendung dan mengawal penularan varian yang amat berbahaya, serta menggiatkan lagi program pembangunan vaksin tempatan.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan kementeriannya meluluskan RM3,227,200 di bawah Dana Penyelidikan Strategik untuk membiayai projek genome surveillance virus SARS-CoV-2 yang merupakan virus penyebab penyakit Covid-19.

Projek tersebut dijangka menjujuk 3,000 genom virus SARSCoV-2 yang penting dan strategik untuk mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 terutamanya varian yang membimbangkan (VOC) seperti varian Delta serta varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) seperti varian Lambda dan Mu.

“Ini merupakan perkembangan sokongan pembiayaan MOSTI dalam meningkatkan ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan vaksin tempatan yang kondusif serta berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, MOSTI turut mengumumkan tambahan dana RM13.9 juta kepada konsortium merangkumi tujuh makmal untuk memudah cara kerjasama dan menjana hasil-hasil penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit virus SARS-CoV-2, seterusnya memangkinkan pembangunan vaksin tempatan.

Kenyataan itu juga memaklumkan melalui program tersebut kapasiti ujian berjaya ditingkatkan sebanyak lima kali ganda dengan jumlah ujian bagi ketujuh-tujuh makmal terlibat melebihi 1,000 ujian genom sebulan berbanding 200 sebulan sebelum ini.

“Dengan sokongan dana daripada MOSTI ini, dijangka sebanyak 10,000 penjujukan tambahan genom virus SARS-CoV2 akan dapat dicapai,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Mostipandemik COVID-19Varian Mu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd