Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

DAP Serahkan Laporan Penyata...

PUTRAJAYA - DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran...

Polis Akan Buru Individu...

KUALA LUMPUR - Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang...

Kanak-Kanak Gantung Diri Selepas...

KANAK-KANAK berusia 10 tahun ini meninggal dunia dengan cara tragis. Waima masih kecil...

Lelaki Serang Rakan Akibat...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Serai,...

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan akses kepada maklumat serta kajian sedia ada pada peringkat kementerian dan agensi kerajaan, bagi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, akses itu akan diberikan melalui pengkomputeran awan dengan penyelarasan oleh MOSTI, dan inisiatif terbabit bakal memperkasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.

“Perkara ini penting supaya kita tahu kalau nak buat pinjaman atau maklumat lain… sediakan format ringkas untuk disampaikan.

“Berikan kita dua minggu untuk semua universiti terima… yang akan koordinasi ialah Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Temu Anwar sempena Majlis Perasmian ‘Malaysia Artificial Intelligence Nexus – Boosting The Future’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, hari ini. Sesi itu dikendalikan oleh moderator yang juga pengacara, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.


Anwar menjawab soalan dikemukakan wakil pelajar berhubung kesediaan negara mempersiapkan kemudahan komputer berprestasi tinggi yang boleh diakses secara berpusat atau dalam talian.

Pada sesi sama, Perdana Menteri turut ditanya sama ada kerajaan akan memberi insentif kepada mahasiswa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang AI.

“Untuk pelajar yang mengambil bidang AI, kita menyediakan kemudahan dan latihan terbaik. Elaun sedia ada dikekalkan dan melihat kepada prestasi semasa mereka,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori