Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang...

Isu Kedudukan Zuraida Dijangka...

Bagaimanapun, katanya, beliau belum menerima sebarang tarikh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Penyelia Stesen Minyak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia stesen minyak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Keputusan UMNO Perak Tak...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik membabitkan Menteri Besar Perak ketika ini tidak dibincangkan...

Kerjasama Dengan UMNO, Terserah Pada PAS – Muhyiddin

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk membuat keputusan berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu akan meneruskan strategi yang telah dibincangkan dan dirancang serta bersedia dengan untuk pertembungan tiga penjuru.

“UMNO pada Perhimpunan Agung dia telah buat keputusan tak nak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi, kita tak akan tunggu dan teruskan persiapan kita untuk pilihan raya negeri ini.

“Sama ada tiga penjuru ke, empat penjuru ke, kerana bagi saya ini adalah cabaran dan kita berusaha untuk menawarkan pilihan yang terbaik untuk negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama profesional Melaka di sini pada Sabtu.

Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori