• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Enggan Vaksinasi Tetap Dipindahkan

oleh
05/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan kekal dengan pendirian untuk memindahkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 sebaik sesi persekolahan bersemuka dibuka secara berperingkat, bermula semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata langkah itu dibuat bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah kelak tidak terjejas.

“Guru juga sebagai penjawat awam, harus akur kepada ketetapan Jabatan Perkhidmatan Aawam (JPA) mengenai syarat vaksinasi lengkap pada pegawai perkhidmatan awam.

“Syarat ditetapkan, pegawai perkhidmatan awam dikehendaki segera melengkapkan vaksinasi sebelum 1 November ini.

“Maka dalam tempoh itu, pegawai yang belum divaksin, mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ ke pusat pemberian vaksin yang disediakan kerajaan.

“Bagi guru yang enggan divaksin tanpa dapat pengecualian pegawai perubatan kerajaan dan menyebabkan gangguan operasi sekolah, tindakan untuk memindahkan guru terpaksa dilaksana untuk memastikan PdP murid tidak terjejas,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini memaklumkan, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

Menjawab soalan asal Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim), Hang Soon berkata, sehingga semalam, seramai 388,897 guru atau 94 peratus sudah lengkap divaksin

“Kementerian sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi warga sekolah termasuk dalam kalangan guru dapat ditingkatkan,” katanya. – BH Online

Tags: GuruKementerian PendidikanSesi Persekolahanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengumuman Khas Kerajaan Melaka Petang Ini

Next Post

Mangsa Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Diminta Tampil

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

Next Post

Mangsa Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Diminta Tampil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd