• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri KDN Nafi Kenal Nicky Liow

oleh
07/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan yang diburu polis, Nicky Liow Soon Hee.

Beliau berkata, walaupun ada gambar menunjukkan beliau bersama Nicky Liow, bagaimanapun ia hanya sekadar mereka bergambar bersama.

“Saya tidak kenal Nicky, gambar pertama yang saya memakai baju Melayu itu ketika kumpulan berkenaan datang ke Sabah dan hadir ke majlis rumah terbuka hari raya kerajaan negeri ketika Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kerajaan negeri.

“Ketika itu, saya patah kaki jadi kumpulan itu datang berhari raya ke rumah saya.

“Takkan saya tolak orang datang berhari raya.

“Sebenarnya lelaki yang saya bulatkan dalam gambar yang membawa dan kenalkan saya dengan Nicky.

“Lelaki itu selalu ada dalam program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ketika itu, selalu ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) kononnya ke pejabat menteri dan dia sering tunjukkan gambar dengan Perdana Menteri serta menteri lain.

“Kali pertama jumpa lelaki itu ketika ‘fund raising’ Bersatu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mynewshub

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons dua gambar beliau bersama Nicky Liow yang disebarkan di dalam laman Twitter pada Rabu.

Mohd Azis yang juga ahli Parlimen Sepanggar menjelaskan, secara peribadi beliau memang tidak mengenal ahli perniagaan itu dan gambar kedua pula ketika minum di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

“Sekali lagi, lelaki itu datang bersama Nicky ke restoran yang sama dan kami bersembang sekejap, mengambil gambar sebelum beredar.

“Sebagai orang politik, bagaimana kita mahu tolak permintaan orang yang mahu mengambil gambar bersama,”katanya sekali gus menolak bahawa beliau mempunyai kaitan dengan Nicky Liow.

Sebelum itu, Edisi SiasatMy memuat naik ciapan mengatakan Mohd Azis antara suspek yang hendak ditangkap Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam ciapan sebelum itu, akaun berkenaan turut memuat naik keratan berita berkaitan kes Nicky Liow dan ciapan itu mengatakan bahawa Ayob Khan pastikan maklumat siasatan disimpan rahsia, namun apabila sampai ke Bukit Aman ia dibocorkan oleh pembelot lain.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang. – Sinar Harian

Tags: Mohd Azis JammanNicky Liow Soon HeeTimbalan Menteri Dalam Negeri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

“Mungkin Berkat Menderma” – Akmal Sindir DNAA Nicky Liow

30/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir perkembangan terbaharu membabitkan ahli perniagaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd