• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu 4×4 Lawan Arus Berdepan Hukuman Gantung

oleh
20/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lelaki yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga menyebabkan kematian dua remaja, 12 September lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, K Devaaswin, 24 mengangguk faham terhadap dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Devaaswin yang juga pegawai pemasaran pengangkutan dituduh menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19 dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 1.50 pagi, 12 September 2021 di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang menghala ke Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili Peguam Pushpa Ratnam dan R Thanuja.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan semula dalam tempoh sebulan bagi menunggu laporan kimia, bedah siasat, laporan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) serta lain-lain dokumen bagi tujuan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, dua remaja maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara melawan arus.

Ujian air kencing dilakukan ke atas tertuduh ketika itu didapati dia berada di bawah pengaruh ganja. – myMetro Online

Tags: kemalangan mautkematianpandu lawan arus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd