Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

IPU Di Beberapa Kawasan...

PETALING JAYA - Indeks pencemaran udara (IPU) mencecah ke paras tidak sihat di...

Surat Sokongan Bagi Urusan...

PUTRAJAYA - Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya...

Poay Tiong Dakwa DUN...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyung masih milik...

Jangkitan Covid-19 Melonjak 27,831...

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dan kali ini melonjak melepasi angka...

LHDNM Dan Kemanusiaan

KUTIP cukai tetap kena kutip. Kalau tidak kutip bagaimana negara mempunyai dana mencukupi untuk mengurus dan memajukan negara.

Namun dalam menjalankan amanah kepada negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak pernah terkurang elemen kemanusiaan.

Seperti kita ketahui LHDNM merupakan penyumbang “full time” kepada Program Bakul Makanan bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik.

Beberapa hari lalu LHDNM menyumbang 1,000 lagi bakul makanan di Sepang, Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Serahan bakul makanan tersebut disempurnakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah (gambar).

Mynewshub

Bersama Ustaz Hazman Che Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.

Penyerahan bakul makanan dibuat kepada wakil masjid yang kemudian akan diagihkan kepada penerima sumbangan.

Antaranya wakil Masjid Taman Putra Perdana, Puchong; Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, Puchong dan Masjid Jameatus Solehah, Dengkil.

Baca: Yakini Sistem Data LHDNM

Juga kepada wakil Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan Masjid Al-Makmur, Kg. Giching, Sepang.


Terbaru LHDNM menyumbang pula sebanyak RM459,590 kepada Akaun Amanah Bencana sebagai solidariti menangani pandemik Covid-19.

Lebih menarik wang itu merupakan sumbangan terkumpul yang diberikan secara sukarela oleh semua pegawai dan kakitangan LHDNM.

Ia sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan LHDNM dalam usaha memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Seperti juga kita ketahui impak pandemik ke atas nasib segelintir keluarga sangat teruk dan berpanjangan sehingga hari ini.

Justeru kita ucap tahniah kepada LHDNM kerana dalam melaksanakan tanggungjawabnya tidak pernah terlupa nasib rakyat.

Inilah antara semangat Keluarga Malaysia yang telah sekian lama dipraktikkan LHDNM. Semoga berterusan. Syabas! – Mynewshub.TV

LAYARI LAMAN WEB LHDNM DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori