• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 40,000 Hilang Pekerjaan

oleh
07/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos lalu dengan purata 5,811 kes setiap bulan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata, pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang memantau trend kes hilang pekerjaan harian bagi memberikan perlindungan kepada pekerja yang tidak lagi dapat bekerja disebabkan pelbagai alasan.

Katanya, menurut Perkeso definisi hilang pekerjaan termasuk pemberhentian kerja, Skim Pemisahan Kerja Sukarela atau Persefahaman Bersama (VSS/MSS), penutupan syarikat disebabkan bencana alam, bankrap, pemberhentian kerja disebabkan oleh gangguan seksual atau ancaman di tempat kerja, serta berhenti selepas diarah melakukan tugas yang berbahaya yang tidak termasuk dalam skop kerja.

“Sebagaimana yang kita ketahui, pandemik Covid-19 bukan hanya memberi kesan kepada aspek kesihatan orang ramai, tetapi turut membawa kejutan ekonomi kepada negara di seluruh dunia.

“Ia susulan langkah yang diambil bagi menghalang penularan virus yang membawa kepada penutupan syarikat, manakala orang ramai hilang pekerjaan atau pekerja terpaksa bekerja dengan perolehan gaji yang dikurangkan,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF 2021) yang berlangsung secara maya hari ini.

Saravanan berkata, sejak Mac tahun lalu kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban orang ramai dan memastikan sektor perniagaan terus beroperasi bagi mengelak pemberhentian kerja besar-besaran, termasuk pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) Jun lalu.

Perkeso, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia ditugaskan untuk melaksanakan program-program Pemulih seperti Program Subsidi Gaji 4.0, PenjanaKerjaya 3.0, KerjayaGig dan SIP Prihatin 2.0, yang disasar kepada majikan, pekerja, pencari kerja serta kerja sendiri.

Sementara itu portal kerja MyFutureJobs sehingga kini merekodkan sejumlah 1.29 juta kekosongan daripada 21 sektor dan sejumlah 564,830 pencari kerja aktif telah mendaftar dengan portal ini dengan 196,471 kejayaan pemadanan kerja direkodkan.

Saravanan berkata, forum anjuran Perkeso hari ini perlu digunakan bagi mengukuhkan dan mewujudkan pasaran tenaga kerja yang kukuh dalam negara kerana ia adalah satu daripada komponen penting dalam ekonomi negara.

Forum dua hari IPEF 2021 yang bermula hari ini menampilkan lebih 50 penceramah ternama tempatan dan antarabangsa, dengan tiga acara berlangsung secara serentak – yakni dua simposium maya dan satu pameran mega pekerjaan – bagi membantu membina semula ekonomi dan pasaran kerja pasca Covid-19. – BERNAMA

Tags: hilang pekerjaanMyFutureJobspandemik COVID-19Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd