• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Solat Jumaat Masjid KL, Putrajaya Dibenarkan 500 Orang

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bilangan jemaah solat Jumaat bagi masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang, manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.

Beliau berkata, bilangan jemaah bagi tujuan sama di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang.

“Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Ajib berkata, ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa PPN.

Beliau berkata, bagi solat fardu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).

Katanya, bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 50 orang manakala bagi Surau Jumaat serta Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat sama di PPR dan PA DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang.

Mohd Ajib berkata, bagi Labuan yang berada dalam Fasa Empat PPN, bilangan jemaah solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar, yang turut berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pada masa sama, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.

Selain itu, beliau berkata kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu untuk kuliah yang lain, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

“Semoga umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir,” katanya. – BERNAMA

Tags: fasa 2 pelan pemulihan negarakuala lumpurPutrajayasolat Jumaat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

Rakyat Diminta Berjimat Cermat, Tapi Anjur Festival Muzik Air Rain Rave

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mengkritik penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave dalam keadaan rakyat diminta...

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

Pemimpin NGO, Pendakwah Bantah ‘Festival Rain Rave 2026’ di Kuala Lumpur

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganjuran Festival Rain Rave 2026 yang didakwa bakal berlangsung di Bukit Bintang mencetuskan reaksi bantahan daripada beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd