Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Dissertation for that individuals

Article writing may truly be the. Writing an essay is going to have....

Jom.. Saksikan ‘KL International...

Sebanyak 12 negara akan menampilkan pasukan pancaragam dan pasukan tentera mereka dalam satu...

Terpulang Kepada Anak Teruskan...

MELAKA - Bapa kepada dua anak kapal MT Orkim Harmony iaitu Amirul Azim...

BSN Cawangan Tamparuli Mula...

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Tamparuli dibuka semula hari ini...

PDRM Terima 206 Laporan Perhimpunan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 206 laporan di seluruh negara setakat ini berkenaan perhimpunan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, dekat sini susulan bantahan penangguhan sidang Parlimen, semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu kertas siasatan turut dibuka bagi laporan-laporan yang diterima dan akan memanggil individu terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Selain itu, siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 21a Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574),” ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut beliau, PDRM mengambil maklum bahawa Setiausaha Dewan Rakyat ada mengemukakan pemberitahuan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada 2 Ogos lalu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

“Penangguhan adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.

“KKM berpendapat bahawa Parlimen adalah lokaliti berisiko untuk penularan jangkitan Covid-19,” ujarnya.


Jelasnya, pihaknya menerima maklumat pada 1 Ogos lalu bahawa satu perhimpunan akan diadakan di kawasan Parlimen pada 2 Ogos (semalam).

“Mengambil kira pada tarikh berkenaan tiada sidang Parlimen berlangsung kerana ia ditangguhkan dan tiada kewajaran untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat berada di Parlimen, maka PDRM mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak sebarang perhimpunan diadakan.

“Tindakan tersebut adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Menurut undang-undang itu bertarikh 4 Julai lalu memberitahu berhimpun dan berarak adalah aktiviti yang dilarang dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara,” katanya. – K! ONLINE

Kategori