• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Tiada Orang Suruh Saya ‘Out’? Saja Nak Tanya” – TMJ

oleh
08/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang sudah melakukan yang terbaik pada kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) musim ini walaupun gagal mara ke pusingan seterusnya.

Tunku Mahkota Johor dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong setia Harimau Selatan perlu realistik dan sedar bahawa pentas ACL terlalu tinggi buat JDT.

Kata Tunku Ismail, adalah bagus untuk mempunyai cita-cita tinggi tetapi cita-cita dengan khayalan adalah sesuatu yang berbeza.

“Siapa lantik Mora? Saya. Kenapa tiada orang suruh saya out? Saja nak tanya.

“Pertama, sedar diri tahap kita sebagai kelab dari Malaysia, keduanya barulah memasang impian. Yang ketiga, jangan berputus asa dan teruskan menambah baik permainan,” ujarnya.

Kata Tunku Ismail, muncul sebagai wakil tunggal negara beraksi di kejohanan berprestij itu adalah satu penghormatan buat JDT yang mengambil bahagian dalam ACL sejak 2019.

“Ini adalah ACL, kita pernah mencatatkan keputusan menang, seri dan kalah dalam kejohanan ini. Kita Pernah menang menentang kelab Jepun (Kashima Antlers ACL 2019), lawan kelab Korea Selatan (Suwon Bluewings 2020) juga kita pernah menang.

“Tahap pasukan kita sekarang belum cukup tinggi untuk ACL tetapi berpeluang untuk bersaing di ACL adalah satu penghormatan. Kita satu-satunya kelab dari negara ini yang bermain di kejohanan ini,” katanya di Instagramnya hari ini.

Malam tadi, skuad Harimau Selatan hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang kelab Thailand, Ratchaburi FC pada aksi terakhir Kumpulan G dan kecundang awal untuk ke melangkah ke pusingan seterusnya setelah mengutip empat mata.

Dalam kempen ACL musim ini, JDT hanya berupaya untuk menang sekali, seri sekali dan tewas dalam dua pertemuan menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus dan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers.

Keputusan kurang memberangsangkan itu menyebabkan banyak pihak melabel JDT yang dibarisi ramai pemain ternama skuad kebangsaan sebagai ‘jaguh kampung’ selain meletakkan kesalahan di atas bahu Mora yang mahukan pengendali kelahiran Mexico itu mengundurkan diri daripada kelab tersohor itu.

Tambah Tunku Mahkota Johor, sejak 2014, JDT tidak pernah menamatkan musim dengan tangan kosong dan menjulang satu atau dua piala tanpa gagal setiap tahun. – UTUSAN ONLINE

Tags: harimau selatanJDTTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

Tunku Mahkota Ismail Kongsi ‘Wall of Champions’ Tarik Perhatian Netizen

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Perkongsian carta “Wall of Champions” Juara Piala AFC oleh Tunku Mahkota Ismail menarik perhatian penyokong bola sepak...

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd