• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Kebenaran Kementerian Lain Boleh Diguna Sementara Waktu

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada mana-mana kementerian dan jabatan berkaitan untuk sementara waktu bagi melepasi sekatan jalan raya.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata surat itu boleh digunakan hingga sistem permohonan melalui portal seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat beroperasi secara menyeluruh.

“Surat lain boleh digunakan sementara waktu ini hingga sistem dalam MITI berjalan sepenuhnya,” katanya, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai penguat kuasa polis mendakwa Ketua Polis Negara memutuskan dan mengarahkan supaya polis menerima semua surat pergerakan daripada MITI, kementerian dan jabatan lain berkaitan.

Semalam, kerajaan digesa segera menyelesaikan isu berbangkit berhubung pengoperasian Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

Ini kerana kebanyakan pihak dikatakan gagal melayari laman sesawang CIMS 3.0 untuk memohon kebenaran beroperasi dipercayai akibat trafik tinggi.

Difahamkan, tiada talian khusus ditetapkan bagi pengoperasian sistem itu, menyebabkan rata-rata pemohon buntu apabila mereka gagal mengemukakan permohonan berkenaan.

Pemohon juga dikatakan keliru apabila diarah mengemukakan permohonan ke kementerian tertentu dan tidak lagi berpusat di MITI beberapa hari selepas pengumuman mengenai sekatan pergerakan penuh. – myMetro Online

Tags: CIMS 3.0MITIperintah kawalan pergerakanSekatan Jalan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd