Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

PRK ROMPIN: Cuaca Diramal...

ROMPIN - Cuaca pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin esok,...

Tempoh Reman 2 Jurutera,...

KOTA KINABALU - Tempoh tahanan reman dua jurutera dan dua pembantu jurutera sebuah...

Pandelela Raih Emas Di...

KUALA LUMPUR - Penerjun negara Pandelela Rinong memberi khabar gembira apabila menghadiahkan emas...

74% Pelanggan Celcom Didominasi...

KUALA LUMPUR - Jumlah pelanggan Celcom Axiata Bhd dikuasai 74 peratus oleh pengguna...

Penumpang MRT Pada 27 Mei Disaran Buat Ujian Covid-19

KUALA LUMPUR – Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lalu, disaran untuk menjalani ujian saringan susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini berkata, saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif Covid-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.

“Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala Covid-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf,” kata wanita itu dalam akaun Twitternya. – BERNAMA

Kategori