• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik FB ‘Mac Chan’ Sokong China Memerintah Malaysia

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat satu akaun Facebook (FB) dipercayai milik warga tempatan yang secara terbuka memuat naik hantaran meminta negara luar menyerang Malaysia.

Pengerusinya, Azman Kang Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan muat naik dilakukan pemilik akaun FB menggunakan nama ‘Mac Chan’ itu hari ini.

Hantaran di FB itu susulan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional tiga hari lalu.

“Turut dikongsi dalam hantaran itu ialah hasutan untuk rakyat Malaysia, khususnya kaum Tionghua, untuk menyokong tindakan itu (China memerintah Malaysia).

“Tindakan seperti itu tidak dapat diterima sama sekali kerana ia jelas mempersoal kedaulatan negara,” katanya hari ini.

Menurut Azman Kang, beliau sendiri tidak mengetahui apa tujuan sebenar hantaran itu tetapi ia jelas berbaur hasutan.

“Justeru, GTPM menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia satu tindakan biadap yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Selasa lalu, Putrajaya memaklumkan akan menghantar nota bantahan diplomatik kepada Beijing mengenai perkara itu.

Ia kerana pesawat berkenaan memasuki ruang udara ZMM dan menghampiri ruang udara nasional.

Penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak jam 11.53 pagi. – myMetro Online

Tags: ChinahasutanPLAAFtionghua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd