• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100,000 Tandatangan Desak Azmin Letak Jawatan

oleh
04/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Satu petisyen dalam talian dilancarkan bagi mendesak Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali meletak jawatan telah meraih lebih 100,000 tandatangan warganet.

Petisyen yang dilancarkan di laman change.org oleh pengguna dikenali Kerajaan Gagal pada Khamis dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan menyasarkan 150,000 tandatangan dan sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 106,390 tandatangan sokongan telah berjaya direkodkan.

Difahamkan, petisyen itu dilakukan kerana mendakwa Azmin selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikecam ramai pihak susulan dakwaan membenarkan operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ hingga mengakibatkan jumlah kes Covid-19 terus meningkat setiap hari.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” menurut petisyen itu.

Pada Khamis, Azmin menegaskann, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan setelah kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Jelasnya lagi, sehingga kini, sebanyak 15 Kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

Azmin berkata, setelah kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0.

Mengenai aduan dan dakwaan bahawa CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi, Azmin berkata, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan.

“MITI melalui unit penguatkuasaan bersama dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang lain akan terus memantau dan mengawal pelaksanaan SOP PKP 3.0,” katanya lagi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia. – Sinar Harian

Tags: MITIMohamed Azmin Alipetisyentotal lockdown
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd