• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

87 Peratus Kematian Covid-19 Pesakit Berusia Lebih 50 Tahun

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 87 peratus kematian iaitu 4,278 daripada 4,944 kematian direkodkan pada 27 Jun lalu membabitkan pesakit berusia lebih 50 tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, 85 peratus lagi (3,602 kes) membabitkan pesakit tahap empat dan lima manakala 13 peratus bersamaan 623 kes meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Menurut Dr Adham, semua petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar kini masih sedang berusaha mengurus dan mengekang keadaan ini daripada berterusan.

“Untuk itu, kami mengajak dan memohon semua pihak supaya sama-sama mengukuhkan solidariti untuk menurunkan jangkitan Covid-19.

“Langkah itu bagi membolehkan kita semua dapat kembali kepada kehidupan normal seperti dahulu dalam semua aktiviti,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, KKM juga berusaha memperkukuhkan pendigitalan dalam pengurusan pandemik Covid-19 menerusi penggunaan peranti pintar dan “pulse oxymeter” di semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

“Penggunaan peranti itu bertujuan mempertingkatkan kecekapan dalam pemantauan pesakit Covid-19 yang menjalani Pemerhatian dan Pemantauan Di Rumah (HSO).

“Peranti pintar adalah alat memantau pesakit supaya tidak keluar dari rumah atau tempat pengasingan manakala ‘pulse oximeter’ yang dikenali di pasaran sebagai oximeter pula untuk mengukur kadar oksigen seseorang.

“Oximeter akan menunjukkan bacaan kadar oksigen sama ada normal (95 hingga 100 peratus) atau kadar oksigen rendah (bawah 95 peratus),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kematianmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd