• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 2 Minggu Jadi Penentu

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh dua minggu bagi rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengehadkan pergerakan kendiri atau self lockdown sangat signifikan, yang akan menentukan di mana kedudukan negara dalam statistik kebolehjangkitan wabak yang semakin mengganas ini.

Ia susulan kes harian yang terus mencatatkan jumlah melebihi 6,000 kes sejak 19 Mei lepas dengan kes tertinggi sebanyak 6,976 direkodkan pada Ahad, baru-baru ini.

Kebimbangan terhadap penyebaran virus yang berasal dari Wuhan, China itu semakin memuncak apabila keseluruhan mangsa yang maut akibat COVID-19 kini telah melebihi 2,300 orang dengan jumlah kematian tertinggi, sebanyak 61 kes direkodkan semalam.

Tidak mustahil angka kematian akan terus meningkat terutama dengan situasi kritikal penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi atau ICU di seluruh negara telah mencapai 91 peratus, setakat Jumaat lepas.

Susulan situasi semasa sistem kesihatan yang sedang berhadapan dengan krisis yang amat besar ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus berulang kali merayu masyarakat untuk bersama-sama berperanan memutuskan rangkaian jangkitan dengan ‘duduk di rumah’ sekiranya tiada urusan penting di luar.

Namun, ‘rayuan’ sama oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan meminta rakyat mengehadkan pergerakan ternyata mengundang perasaan kurang senang netizen terutama langkah ‘tidak ‘popular’ kerajaan yang dikatakan memihak kepada sektor ekonomi berbanding nyawa rakyat.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya yang diharapkan banyak pihak bagi mengekang penularan wabak ini meleset apabila kerajaan hanya mengambil langkah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 yang bermula hari ini.

Persoalannya, adakah langkah yang diambil ini berupaya melandaikan lengkung sekali gus mengawal penularan virus COVID-19 menerusi SOP PKP 3.0 yang lebih ketat sepanjang tempoh dua minggu ini?

Menyentuh perkara ini, Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun yakin Malaysia mampu menurunkan kes COVID-19 sehingga 20 peratus dalam tempoh dua minggu sekiranya masyarakat mengambil tanggungjawab dengan melakukan sekatan pergerakan kendiri.

Malah, langkah kerajaan memperketatkan SOP PKP 3.0 juga merupakan tindakan paling tepat bagi mengimbangi isu kesihatan dan ekonomi.

“Pada PKP 1.0 Mac 2020, kita berjaya melandaikan kes sehingga satu digit dalam tempoh enam minggu untuk kes COVID-19 yang ketika itu hanyalah sekitar 300 lebih.

“Tetapi apabila kes harian mencecah 6,000 setiap hari, berapa lama pula kerajaan perlu mengambil tempoh untuk lockdown? Adakah memadai dua minggu atau perlu dilanjutkan sebulan?” katanya kepada Bernama.

Ini kerana mengikut R-Naught terkini, apabila PKP sepenuhnya dilaksanakan kemungkinan hanya mampu mengurangkan kes daripada 6,000 kepada 4,000 kes sahaja sedangkan langkah tersebut akan memberi lebih bebanan kepada sektor ekonomi dan sekali gus mewujudkan pelbagai masalah termasuk kesihatan mental.

Paling membimbangkan, banyak sektor ekonomi akan terjejas terutama perkilangan yang tidak dapat beroperasi dan dijangka memberi kesan kehilangan pekerjaan serta pendapatan kepada mereka yang terkesan.

“Ini akan meningkatkan pula kes seperti kemurungan, bunuh diri, penderaan dan gangguan seksual. Apabila kerajaan membuat keputusan memberi sedikit kelonggaran (dengan tidak melaksanakan PKP penuh), negara boleh menyelamatkan kedua-duanya sekali iaitu kesihatan dan ekonomi,” jelas beliau.

Usaha mengehadkan pergerakan adalah langkah paling berkesan mengurangkan jumlah jangkitan namun usaha ini menjadi sukar sekiranya masyarakat masih memandang enteng pematuhan SOP.

Keadaan ini boleh dilihat apabila setiap hari, ratusan individu ditahan dan dikompaun pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan ingkar SOP. 

Untuk semalam sahaja, 800 kesalahan direkodkan antaranya tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka, tidak mematuhi kawalan pergerakan dan membawa penumpang berlebihan.

“Mengambil contoh sambutan Aidilfitri baru-baru ini, apabila ada yang ingkar dengan melakukan ziarah sehingga menyumbang kepada peningkatan kes yang dilaporkan di dalam komuniti.

“Di mana silapnya, adakah kerajaan atau diri sendiri? Kalau kita perbetulkan keadaan dengan cara ‘self lockdown‘ termasuk jangan keluar tanpa urusan penting atau jangan benarkan orang datang ke rumah, kita boleh landaikan wabak ini,” tegasnya.

Oleh itu, usahlah kita asyik bertelagah menyalahkan pihak lain apabila jumlah kes terus meningkat, sebaliknya nilailah kembali sejauh mana usaha yang telah sama-sama dilakukan bagi memastikan virus maut ini dapat dilandaikan. – BERNAMA

Tags: Covid-19PKP 3.0rakyat Malaysiaself lockdown
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunjuk Jarum Sebelum, Selepas Suntik Vaksin AstraZeneca

Next Post

65 Penumpang Cedera LRT Bertembung Masih Dirawat

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

65 Penumpang Cedera LRT Bertembung Masih Dirawat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd