Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Deepavali Disambut Secara Sederhana...

KUALA LUMPUR - Deepavali atau pesta cahaya hari ini disambut secara sederhana oleh...

Presiden KAFA Resah Dengan...

KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan...

Perkeso Digesa Tarik Balik...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)...

Terdapat Keperluan Mendesak Lindungi...

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan mendesak bagi melindungi keselamatan dan kebebasan wartawan namun...

Hospital Selayang Pula Guna Kontena

KUALA LUMPUR – Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas, bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19.

Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang, Dr Zairee Omar, berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di Unit Forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa.

Katanya, Hospital Selayang terpaksa menggunakan kontena khas sebagai peti simpanan mayat tambahan yang boleh menyimpan 20 mayat.

“Kita terima kontena ini daripada Jabatan Kesihatan Selangor semalam dan kita terpaksa guna kaedah ini kerana peti simpanan mayat sedia ada ketika ini, tidak dapat menampung jumlah mayat yang semakin meningkat,” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Unit Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menggunakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan mayat pesakit COVID-19, berikutan peningkatan kes kematian akibat wabak itu.

Angka korban COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 59 kes kematian baharu semalam, yang menyaksikan jumlah keseluruhan maut wabak itu kini sebanyak 2,491. – BERNAMA

Kategori