• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Pertama Umat Islam Palestin Dapat Meraikan Aidilfitri

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hamas adalah kejayaan buat rakyat Palestin sejak serangan di Gaza 10 Mei lalu, kata Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Muslim Imran.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu berkata, ia juga menandakan hari pertama umat Islam di Palestin dapat meraikan Aidilfitri sejak serangan bermula pada akhir Ramadan itu.

“Hari ini adalah hari raya pertama di Palestin dan itu menandakan tentangan kita cukup kuat. Walaupun Israel mempunyai bantuan pertahanan, semangat rakyat Palestin lebih kuat,” katanya menerusi program disiarkan di Facebook Bernama TV yang membincangkan topik Peta Palestin.

Kabinet Keselamatan Israel pada Khamis, bersetuju menghentikan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung dan menerima perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Seramai 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu.

Dibesarkan di Palestin, Muslim berkata, kehidupan di bawah penjajahan Israel bukan mudah kerana tentera rejim berkenaan boleh menyerang pada bila-bila masa, selain mempunyai 300 tempat pemeriksaan di Tebing Barat. 

“Setiap dua atau tiga tahun, Israel akan serang, ibaratnya jika rumput tumbuh, mereka (Israel) akan potong. Walaupun sekarang kita ada gencatan senjata dan boleh sambut kemenangan di Gaza, perjuangan rakyat Palestin belum selesai,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, berkata proses pendidikan dan solidariti terhadap rakyat Palestin perlu dilaksanakan secara berterusan.

“Bagi kami, ini bukan perang. Kami tidak mahu menggunakan istilah ‘perang’ kerana ia tidak setanding. Ia adalah bencana buatan manusia, pembersihan etnik ada di sana. Kami mahu solidariti di sini menyasarkan rakyat di peringkat global, membebaskan mereka daripada ketidakadilan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Raya AidilfitriIsraelrakyat palestinumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd