• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google, Microsoft Sedia Kongsi Kepakaran Bangun Aplikasi Mesra OKU

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat gergasi teknologi, Google dan Microsoft Corporation sedia berkongsi kepakaran dalam pembangunan aplikasi mesra orang kurang upaya (OKU) di negara ini sebagai antara usaha untuk memperkasa golongan berkenaan.

Menurut Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), kedua-dua syarikat itu menyatakan kesediaan mereka semasa mesyuarat penyelarasan bersama secara dalam talian pada Khamis yang turut dihadiri wakil daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyNIC Bhd yang merupakan pendaftar rasmi domain ‘.MY’ di Malaysia serta wakil OKU.

“J-Kom telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak Google dan Microsoft untuk membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bagi memperkemas penyampaian maklumat kepada komuniti OKU.

“Dalam mesyuarat itu pihak Google dan Microsoft menyambut baik inisiatif yang dibuat oleh jabatan ini dan bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam menambah baik laman sesawang kerajaan agar lebih mesra OKU,” menurut J-Kom dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah J-Kom, jalinan kerjasama yang melibatkan kolaborasi strategik antara pihak kerajaan dan swasta itu akan diteruskan pada masa akan datang seiring dengan usaha untuk menghakupayakan komuniti OKU di negara ini. – BERNAMA

Tags: aplikasigoogleMicrosoftOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd