• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Waspada Dengan Varian Afrika Selatan

oleh
07/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Rakyat negeri Perak dinasihatkan agar berwaspada dan terus memperkasa amalan norma baharu susulan penemuan virus Covid-19 varian Afrika Selatan (B.1.351) yang dilaporkan di negeri itu kerana ia sangat mudah berjangkit.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam), Dr Ummi Kalthom Shamsudin ketika dihubungi Bernama berkata, varian itu dikesan di Perak selepas sampel terpilih daripada kes positif dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penjenisan gen lengkap beberapa minggu lalu.

“Menteri Kesihatan telah mengumumkan penemuan varian ini di Perak dan Kelantan. Semua warga Perak perlu berwaspada dan bukan hanya daerah tertentu sahaja kerana ia sangat mudah berjangkit,” katanya tanpa mendedahkan butiran mengenai varian itu.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook rasminya memaklumkan virus itu sangat mudah menjangkiti individu dan orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dengan betul serta menjaga penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

“Elakkan berada di kawasan sesak atau sempit, amalkan kerap mencuci tangan dan elakkan bersentuhan. 

“Adalah dinasihatkan juga kepada semua untuk tidak menghadiri atau mengadakan sebarang majlis sosial bagi mengelakkan jangkitan berlaku,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 137 kes baharu dilaporkan di Perak semalam membabitkan 120 jangkitan tempatan manakala 17 lagi kes jangkitan dari luar Perak. – myMetro Online

Tags: Covid-19Perakvarian Afrika Selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd