Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

“Tak Perlulah Jumpa, Saya...

ORANG kata senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. Mungkin ini jawapan yang...

KMJ: Sultan Johor Saksi...

MUAR – Majoriti rakyat di negeri Johor pasti tahu bahawa Sultan Ibrahim Almarhum Sultan...

Perkhidmatan KTMB Terjejas Akibat...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren Intercity di wilayah Pantai Timur terjejas disebabkan kejadian...

Kerajaan Proaktif Tangani Penurunan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sentiasa mengambil langkah proaktif dalam...

RMK12 Kini Di Peringkat Akhir Penyiapan – Mustapa

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kini berada di peringkat akhir penyiapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 telah memberi cabaran besar kepada banyak aspek.

“…ia juga dalam banyak cara telah mempercepat proses pembaharuan ketika kita sedang merangka RMK12 yang kini berada di peringkat akhir,” katanya pada ‘A Transformative Leap: MyDigital Insights & Fireside Chat’ anjuran RHB Investment Bank secara maya pada Jumaat.

Isnin lepas, beliau berkata, kerajaan menerima permohonan peruntukan melibatkan RM900 bilion bagi RMK12 daripada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

“Bagi 2021 sahaja, sejumlah RM69 bilion telah diperuntukkan dengan sebahagian besar dana itu disalurkan kepada sektor penjagaan kesihatan termasuk untuk program vaksinasi Covid-19,” katanya.


Beliau berkata, memandangkan semua permohonan RMK12 datang dari setiap sudut, jadi kerajaan perlu menelitinya secara berhati-hati kerana keutamaan perlu diberikan kepada sektor penjagaan kesihatan.

Menurut laman web RMK12 di bawah Unit Perancang Ekonomi, rancangan itu akan dijajarkan dengan inisiatif kemakmuran bersama berasaskan tiga dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial. – BERNAMA

Kategori