• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Video Iklan Raya Promosi Judi Dalam Talian

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video promosi kegiatan perjudian bertemakan sambutan hari raya yang tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati penganut Islam di negara ini.

Setakat ini, satu laporan polis sudah dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas mendapati isi kandungan video itu jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata video berdurasi dua minit satu saat yang mempromosikan judi dalam talian itu dikesan tersebar sejak semalam.

“Kita akan siasat asal usul video berkenaan dan siasatan juga menjurus kepada penerbit serta pelakon yang terbabit dalam video ini.

“Kita sedang mengesan mereka dan akan dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sudah dihubungi untuk membantu siasatan polis.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai diingatkan tidak berkongsi atau menyebarkan video berkenaan melalui media sosial bagi mengelak kegusaran awam.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai video iklan berkenaan yang dianggap menghina umat Islam dan cuba mempengaruhi umat Islam bermain judi bagi mencari dana untuk pulang berhari raya.

Pelakon iklan terbabit termasuk dua wanita dilihat memakai pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berbaju Melayu bagi lelaki menyanyikan lagu bertemakan hari raya sambil mempromosi laman web perjudian.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terutama umat Islam kerana ia jelas menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini. – BH Online

Tags: Hari Raya AidilfitriIklan Rayaperjudian dalam talianumat Islam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

Umat Islam Perlu Elak Perpecahan, Manfaatkan Pilihan Raya Guna Hak Demokrasi – Abdul Hadi

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan, selain...

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

Mufti Wilayah Persekutuan Menentang Usaha Gugat Pegangan Akidah Umat Islam

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha, gerakan atau penyebaran fahaman yang cuba menggugat serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd