• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Pangkat ASP Ditahan Bawah SOSMA

oleh
22/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan pihaknya menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang dikenali Geng Nicky. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai siasatan itu kerana operasi masih sedang berjalan.

“Saya hanya boleh mengesahkan memang ada tangkapan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor dan seperti mana yang saya katakan, saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. 

“Sebab operasi masih berjalan, saya tidak mahu keluarkan ‘statement’ satu-satu. Hari ini tangkap satu, keluar satu. 

“Lagipun, sebarang kenyataan, (Polis) Johor akan keluarkan kerana ia membabitkan lain-lain tangkapan susulan. Kalau kita keluarkan satu-satu, ia akan menjejaskan operasi yang sedang berjalan.

“Insya-Allah siap tangkapan kita, saya akan buat sidang media keseluruhan. Apa yang pasti, memang operasi masih berterusan dan akan ada tangkapan susulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, polis sudah mendapat kelulusan bagi menyenaraikan nama ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, dalam senarai individu dikehendaki dan dikenakan notis merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol), semalam.

Katanya, notis merah Nicky Liow diluluskan bertarikh 20 April, manakala isterinya Niu Zhe warga China bertarikh 21 April (semalam). 

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan buruan, Nicky Liow.

Menurut sumber, pegawai berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi, semalam, oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Difahamkan, suspek memegang jawatan sebagai ketua bahagian di sebuah jabatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur.

Pegawai kanan berkenaan yang melaporkan diri bertugas di IPD itu pada Januari lalu ditahan mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA) 2012. – myMetro Online

Tags: Geng NickyPegawai Kanan PolisPolis Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Akan Buktikan Tindakan Pegawai Polis Langgar Pelajar Ada Niat Sebabkan Kematiannya

Pendakwaan Akan Buktikan Tindakan Pegawai Polis Langgar Pelajar Ada Niat Sebabkan Kematiannya

05/11/2024
0

IPOH: Pihak pendakwaan bagi kes pegawai kanan polis dituduh membunuh pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu akan membuktikan tindakan...

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

Pegawai Kanan Polis Lindungi Kegiatan Haram, Terima Suapan Sejak 2021

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, dipercayai menerima suapan sejak 2021 lagi. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd