• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Tanpa Identiti Dipercayai Dibunuh Sebelum Dibakar

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis tidak menolak kemungkinan mayat yang ditemui tanpa identiti di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus kelmarin dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ia berdasarkan keputusan bedah siasat yang diperoleh daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang semalam. 

“Siasatan awal kita percaya bahawa mangsa dibunuh dahulu di tempat lain dan dibawa ke lokasi sebelum dibakar.

“Kita juga masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah lelaki atau wanita.

“Mengenai perkembangan siasatan, masih terlalu untuk membuat sebarang kesimpulan dan kita sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk punca kematiannya. 

“Setakat ini, kita tidak menemui apa-apa petunjuk namun kita akan melihat kepada senarai kes orang yang dilaporkan hilang di negeri ini.

“Pada masa sama, kita minta orang awam membuat laporan polis sekiranya terdapat ahli keluarga mereka yang hilang atau tidak balik ke rumah dalam tempoh melebihi 24 jam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mohd Marzukhi berkata, pihaknya turut meminta semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan. 

“Sebelum ini, tular satu rakaman suara menerusi WhatsApp mendakwa, suspek sudah ditangkap dan identiti mangsa yang dikatakan dibunuh selepas melarikan duit milik suspek sedangkan berita itu tidak tepat. 

“Jadi kita minta hentikan tindakan seperti itu dan tindakan undang-undang boleh dikenakan bagi mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu,” katanya

Media sebelum ini melaporkan seorang tukang sapu menemui mayat tanpa identiti yang terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air di Kuala Nerus.

Kejadian disedari lelaki terbabit ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran. – BH Online

Tags: kes bunuhMayatTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd