• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tempatkan Ladang Solar Terbesar Intel Di Luar AS

oleh
22/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi Intel di Malaysia kini memanfaatkan tenaga solar untuk membantu menjana tenaga bagi enam bangunannya di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang susulan penyiapan pemasangan solar 3.2 megawatt (MW) baharu pada Januari tahun ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, ia menjelaskan, projek itu merupakan ladang solar terbesar Intel di luar Amerika Syarikat (AS).

Pemasangan yang mencapai kapasiti terpasang keseluruhan 4.1 MW itu dilaksanakan oleh NEFIN, pemaju tenaga boleh baharu.

Penyiapan projek tersebut menyumbang kira-kira 15 peratus kepada kapasiti tenaga elektrik solar fotovoltaik global Intel selain akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida kira-kira 3,800 tan.

Naib Presiden Korporat dan Pengurus Besar Pembuatan Ujian Pemasangan Intel Malaysia, Robin Martin berkata, pelaburan berterusan dalam tenaga alternatif merupakan teras utama komitmen Intel untuk mengoperasikan kemudahan pembuatannya pada tahap kesan paling rendah terhadap alam sekitar.

“Penggunaan tenaga boleh baharu yang dijanakan dalam kawasan yang sama di Intel Malaysia adalah sebahagian usaha penting Intel sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk melakukan inisiatif yang lebih baik demi bumi kita.

“Ia juga sebagai sebahagian matlamat RISE 2030 kami untuk mencapai 100 peratus tenaga boleh baharu,” katanya yang juga Pengarah Urusan Intel Malaysia.

RISE 2030 berasaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan pada 2015 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disasarkan dicapai pada 2030.

Ia bertujuan menggalakkan dan mencapai keadilan, kesaksamaan, kemampanan dan keamanan.

Panel ladang solar baharu di Intel Malaysia meliputi kawasan seluas kira-kira 900 ruang tempat letak kenderaan dan tambahan 50,208 kaki persegi di bahagian bumbung bangunan, menjana kira-kira 6,000 MWh elektrik setiap tahun.

Permintaan elektrik bangunan di kawasan itu pada waktu puncak sebahagiannya digantikan dengan sumber solar.

Bekalan tenaga daripada sumber solar juga membantu mempelbagaikan dan memperkenalkan gabungan tenaga boleh baharu bagi gabungan bekalan tenaga kawasan itu yang lebih banyak dijanakan oleh sumber gas asli dan arang batu.

Sejajar dengan tema Hari Bumi Sedunia ‘Restore Our Earth’, Intel menekankan komitmennya untuk menjimatkan tenaga dan memperluas projek tenaga boleh baharu dan teknologi cekap tenaga bagi reka bentuk dan operasi teknologi, dalam usaha menangani perubahan iklim.

Ia telah menggunakan beberapa sistem terma solar untuk penyediaan air panas domestik ke semua kawasannya di Malaysia bagi usaha mengakhiri kebergantungannya kepada sumber bahan api konvensional dan akan meneruskan langkah perluasan penggunaan sumber tenaga bersih dan hijau. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatIntelladang solartenaga solar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Kanan Polis Pangkat ASP Ditahan Bawah SOSMA

Next Post

Kartel Daging, Sekali Lagi LY Frozen Didakwa

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

Kartel Daging, Sekali Lagi LY Frozen Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd