• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Daging, Sekali Lagi LY Frozen Didakwa

oleh
22/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan memiliki dan bersubahat memiliki barangan larangan produk sejuk beku, Disember lalu. 

Ia membabitkan 5,224 kotak bahagian ayam, kambing, lembu, ayam belanda dan itik sejuk beku yang bernilai RM643,465.39.

Tertuduh, iaitu Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki dan bersubahat memiliki 4,018 kotak bahagian ayam, kambing, lembu, ayam belanda dan itik sejuk beku yang bernilai RM488,973.91. Bahagian daging berkenaan dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import). Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini, jam 10.30 pagi, 15 Disember 2020. 

Mengikut pertuduhan kedua pula, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki dan bersubahat memiliki 220 kotak bahagian ayam sejuk beku jenama Qualiko bernilai RM30,723, dengan bahagian daging berkenaan dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah lori Isuzu di premis Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini, jam 5 petang, 15 Disember 2020. 

Mengikut pertuduhan ketiga pula, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki dan bersubahat memiliki enam kotak bahagian lembu sejuk beku jenama Riverlands sebanyak enam kotak bernilai RM2,787.48, dengan bahagian daging berkenaan dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah lagi lori Isuzu dengan nombor pendaftaran berbeza, di premis Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini, jam 5 petang, 15 Disember 2020. 

Mengikut pertuduhan keempat pula, syarikat dan dua tertuduh berkenaan serta seorang lagi yang masih bebas didakwa memiliki dan bersubahat memiliki bahagian ayam sejuk beku jenama BB Butterfly sebanyak 980 kotak bernilai RM120,981, dengan bahagian daging berkenaan dilarang import mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Kesalahan itu dilakukan dalam sebuah lori Hino, di premis Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai di sini, jam 5 petang, 15 Disember 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda minimum tidak kurang 10 kali ganda nilai iaitu RM4.89 juta atau RM50,000 (yang mana lebih tinggi) hingga minimum 20 kali ganda nilai, sebanyak RM9.78 juta atau RM500,00 (yang mana lebih tinggi) atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali. 

Mahkamah juga hendaklah melupuskan barangan disita dan dilucut hak kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengikut Peruntukan Perintah Pelupusan Barang di bawah Seksyen 127 Akta Kastam 1967.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar dan Nur Suriati Mohamad. 

Tertuduh pula diwakili barisan peguam Zamri Idrus, Ridzuan Othman dan Saiful Zaman Abd Rahman. 

Mahkamah menetapkan Yong diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin selain melaporkan diri setiap dua minggu sekali di balai polis berhampiran manakala Chong pula diperintahkan diikat jamin RM60,000 dengan dua orang penjamin selain melaporkan diri setiap dua minggu sekali balai polis berhampiran. Mahkamah menetapkan kes disebut semula 3 Jun nanti. 

Pada 9 Februari lalu, syarikat dan pengarah serta pengurus sama dituduh atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu. 

Tertuduh, Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengarahnya Yong Chee Keong, 40, dan Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas serta pengurus, Chong Kim Kuang, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. 

Pada 2 Disember lalu, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina. Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia sebelum ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal. Ia membabitkan rampasan bernilai lebih kurang RM 6.47 juta. – BH Online

Tags: Kartel DagingLY Frozen Foodproduk sejuk beku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kayuh Basikal Cari Rezeki Jual Produk Sejuk Beku

18/06/2021
0

IPOH - Lelaki ini cekal mengayuh basikal hampir setiap hari untuk menjual pelbagai produk sejuk beku sebagai sumber pendapatan harian...

PDRM, Interpol Kerjasama Buru Kartel Daging Import

13/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd