• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 80 Peratus Kematian Covid-19 Berkaitan Komorbid

oleh
09/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 86.3 peratus atau 1,126 kematian akibat Covid-19 adalah mereka yang mempunyai sejarah komorbid seperti menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis selain golongan berusia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Adham berkata, peratusan itu adalah daripada keseluruhan 1,306 kematian yang direkodkan hingga 7 April lepas.

“Jelas sekali kesemua penyakit tidak berjangkit (NCD) banyak berkaitan dengan pemakanan sekali gus risiko kematian komorbid adalah tinggi apabila dijangkiti Covid-19,” katanya ketika melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021 dan Inisiatif MyChoice di sini pada Jumaat.

Bersempena sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, Dr Adham mengumumkan Piramid Makanan Malaysia dan Panduan Diet Malaysia terbaharu yang mengandungi perubahan ketara iaitu kumpulan makanan bagi sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid.

Sebelum ini, menurutnya, dasar piramid ialah kumpulan karbohidrat seperti nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.

“Ini menunjukkan kepentingan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam jumlah lebih berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya tiga sajian sayur dan dua sajian buah-buahan setiap hari,” katanya.

Mengenai MyChoice, beliau berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan industri perkhidmatan makanan menyediakan hidangan berdasarkan kriteria nutrien yang sihat. – BERNAMA

Tags: Covid-19kematiankomorbidpemakananpenyakit tidak berjangkit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd