• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

79 Sekolah Di Selangor Diarah Tutup 2 Hari

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara hari ini dan esok berikutan peningkatan kes COVID-19 membabitkan kluster pendidikan.

Penutupan sekolah terbabit disahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan berdasarkan senarai dikeluarkan pihak berkenaan, sekolah ditutup membabitkan kawasan Hulu Langat, Petaling Perdana, Klang, Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Kuala Langat.

JPN Selangor menyenaraikan 18 sekolah berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Hulu Langat (19) dan PPD Klang (15).

Turut diarahkan tutup ialah masing-masing sembilan sekolah di bawah PPD Gombak dan Petaling Utama, lima membabitkan PPD Hulu Selangor, manakala PPD Kuala Langat dan PPD Sepang masing-masing merekodkan dua sekolah.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim mengesahkan dua sekolah dalam pentadbirannya ditutup sehingga esok.

Minggu lalu, beberapa sekolah di negeri ini ditutup, selain Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Sabtu lalu hingga 7 Mei depan selepas 71 pelajar disahkan positif COVID-19. – BH Online

Tags: Covid-19klusterPendidikanSekolahselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd