• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Dedah Kesan Sampingan Suntikan Vaksin Kepada Rakyat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengeluarkan laporan pemantauan farmakovigilans berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk dikongsi dengan masyarakat bagi meningkatkan keyakinan rakyat untuk menerima vaksin.

Farmakovigilans merujuk kepada pengesanan, penilaian dan pencegahan kesan buruk serta permasalahan lain yang timbul akibat pengambilan ubat atau pelalian kepada manusia.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata laporan farmakovigilans khususnya kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), perlu dibuat secara berkala setiap minggu atau jika berlaku kesan sampingan teruk.

“Sekiranya berlaku kesan sampingan yang teruk, kerajaan perlu memberhentikan program itu buat sementara waktu. Pelaporan AEFI ini sangat diperlukan untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin digunakan adalah selamat lagi berkesan.

“Pelaporan perlu dilakukan secara jujur dan telus, ia bukan untuk menakutkan rakyat tetapi rakyat perlu tahu perkara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amrahi berkata, pelaporan itu turut dilakukan negara lain seperti Kanada dan Korea Selatan.

Beliau berkata, laporan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) itu juga dapat membantu merealisasikan objektif program untuk membentuk imuniti kelompok di Malaysia.

Katanya, NPRA iaitu pusat farmakovigilans untuk pelaporan kesan advers ubat termasuk vaksin di bawah jaringan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berupaya melakukan pemantauan farmakovigilan program imunisasi itu dengan sistem pengumpulan dan pelaporan AEFI sedia ada. – BERNAMA

Tags: farmakovigilansImunisasirakyat Malaysiavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd