• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Ketat Sempadan Elak Dalang Geng Nicky Lolos – KPN

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa termasuk di kawasan sempadan negara diletakkan dalam keadaan siap siaga susulan kemungkinan dalang Geng Nicky yang terlibat dalam sindiket jenayah terancang, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee akan melarikan diri ke negara lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah meletakkan Nicky Liow dalam senarai individu dikehendaki.

“Apabila nama dia (Nicky Liow) itu dalam senarai dikehendaki, pihak berkuasa di jalan keluar dekat kawasan sempadan, jeti, pelabuhan dan lapangan terbang akan dimaklumkan mengenai situasi berbangkit,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pengasas Winner Dynasty Group berusia 33 tahun itu kali terakhir dilihat di Setiawalk, Puchong, Selangor pada 20 Mac lalu.

Dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Selasa, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan lanjut masih giat dilakukan bagi mengesan ketua kumpulan Geng Nicky itu yang disyaki terbabit aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram.

Sinar Harian melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan Soon Hee melarikan diri.

Seramai 118 individu diperiksa dan 68 ditahan manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas dalam 70 Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Abdul Hamid mendedahkan Geng Nicky disyaki mempunyai hubungan dengan elemen jenayah terancang antarabangsa, Wan Kouk Koi atau dikenali sebagai Broken Tooth.

Katanya, semakan mendapati Broken Tooth sudah disenarai hitam oleh pihak US Treasury kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah terancang antarabangsa dan pengubahan wang haram pada 9 Disember tahun lalu. – Sinar Harian

Tags: Geng NickyNicky Liow Soon Heesindiket jenayah terancang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Tuduhan Pengubahan Wang Haram RM36 Juta

“Mungkin Berkat Menderma” – Akmal Sindir DNAA Nicky Liow

30/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir perkembangan terbaharu membabitkan ahli perniagaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd