Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Definasi Semula Pengertian Tanah...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang dalam proses mewartakan tanah adat Orang...

K’jaan Digesa Batal Pembekuan...

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara...

Hafidz Roshdi Pula Sound...

PELAKON yang semakin meningkat naik namanya, Hafidz Roshdi membuat kenyataan balas berhubung isu...

Parodi PPAP Versi Ais...

SEORANG anggota polis dari Jabatan Antidadah Balikpapan, Indonesia menggunakan pendekatan kreatif dalam usaha...

PM Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Rasmi Ke Indonesia

JAKARTA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di sini, hari ini, untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).

Ketibaan mereka disambut Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian; Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar.

Ini lawatan dua hala pertama Munyiddin ke negara Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun lalu.

Dalam lawatan ini, Perdana Menteri dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), diikuti Majlis Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan Jokowi, esok.

Delegasi itu akan mematuhi protokol kesihatan yang ketat termasuk menjalani ujian saringan sebelum pelepasan, sebaik ketibaan, selain menjalani tempoh kuarantin sebaik kembali ke Malaysia, esok.

Dalam menyedari kepentingan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia dan cabaran pandemik COVID-19, Perdana Menteri sendiri meminta lawatan itu disingkatkan dan jumlah anggota delegasi yang kecil.


Esok, Perdana Menteri akan diberikan sambutan negara di Istana Merdeka di sini dan kemudian kedua-dua pemimpin akan mengadakan perbincangan empat mata sebelum mengadakan persidangan media bersama.

Majlis yang pada mulanya dirancang diadakan di Istana Bogor, dipindahkan lokasinya ke Istana Merdeka di Jakarta selepas Indonesia memahami keadaan dan kepentingan logistik ketika tempoh pandemik ketika ini.

Lawatan ini akan menyediakan platform bagi kedua-dua pemimpin mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama kedua-dua negara.

Ia juga akan membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar terbaru kerajaan dan pendiriannya terutama berhubung isu yang memberi manfaat bersama.

Antara isu dijangka dibincangkan adalah berkaitan diskriminasi minyak sawit, jerebu, potensi pelaburan dan perdagangan usaha sama, pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) serta kerjasama dalam menangani COVID-19. – BERNAMA

Kategori