• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Harap ‘Year Of The Ox’ Beri Rakyat Kekuatan Baharu

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap sambutan ‘Year of the Ox’ tahun ini akan meningkatkan semangat dan memberi kekuatan baharu kepada rakyat Malaysia dalam meneruskan usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, dan seterusnya memulihkan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata meskipun berdepan kekangan ekoran wabak itu, beliau percaya sambutan Tahun Baharu Cina masih dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan di negara ini.

“Saya berharap sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.

“Perayaan yang disambut masyarakat Cina dalam negara ini menjadi bukti sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan hari ini.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Muhyiddin berkata bukan hanya perayaan itu, tetapi juga perayaan pelbagai kaum dan agama lain di negara ini terpaksa disambut dalam suasana lebih berhati-hati ekoran pandemik itu.

“Kita perlu mengekalkan kekuatan ini yang merupakan salah satu teras utama perpaduan negara yang kita cintai ini. Semoga kita dapat kembali mengecapi kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau juga mahu setiap rakyat menjadikan perayaan itu sebagai sumber kekayaan budaya dan adat resam rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, serta titik pengukuhan sikap hormat-menghormati sesama sendiri.

Menyentuh prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk sekatan rentas negeri dan daerah ditetapkan kerajaan, beliau berkata langkah itu bukan bertujuan menyekat kebebasan tetapi demi kebaikan bersama bagi melindungi nyawa, terutamanya ahli keluarga yang disayangi.

“Ini penting kerana keutamaan kita semua pada masa ini ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan melindungi nyawa rakyat,” kata perdana menteri.

Muhyiddin berkata mengambil kira kepentingan tradisi makan besar bagi perayaan itu, kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan majlis dihadiri ahli keluarga yang tinggal berdekatan tidak melebihi 15 orang supaya sambutan masih dapat dirai dengan penuh bermakna.

Selain itu, katanya aktiviti keagamaan di tempat-tempat ibadat masyarakat Cina juga dibenarkan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Yang penting saudara dan saudari terus mengamalkan kawalan kendiri setiap masa. Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan sentiasa membasuh tangan. Jika ada dalam kalangan ahli keluarga daripada golongan berisiko tinggi, lindungi mereka.

“Bagi ahli keluarga yang tinggal berjauhan atau pelajar yang terpaksa berada di kampus universiti atau kolej, saudara dan saudari bolehlah memanfaatkan teknologi dengan membuat  panggilan video untuk melepaskan kerinduan terhadap ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh di mata,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19Muhyiddin Yassinrakyat MalaysiaTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd