• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Basikal Lajak: Mahkamah Tinggi Perintah Jurujual Bela Diri

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengarahkan seorang jurujual wanita yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas untuk membela diri.

Hakim Dr Shahanaz Sulaiman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret di sini pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan Sam Ke Ting, 26.

Keputusan itu dibuat ketika prosiding keputusan rayuan pendakwaan terhadap perintah tersebut di sini, pagi ini.

Mengikut pertuduhan, Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain lesen memandu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sepanjang proses perbicaraan.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan bagi pembelaan tertuduh selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei tahun ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar. – BERNAMA

Tags: basikal lajakkematianlanggar basikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd