• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19 Di Malaysia Diramal 20,000 Kes Harian Pada Mac

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kes Covid-19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20,000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menurunkan angka jangkitan yang diramalkan.

“Mari kita tunjukkan bahawa kita dapat menurunkan angka yang diramalkan oleh IHME seperti yang kita lakukan dengan ramalan JP Morgan untuk pertengahan April 2020.

“Mari kita bersatu dalam menewaskan virus ini dan mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri kita, terus fokus untuk memerangi perang ini dan melakukan yang terbaik untuk negara.

“Bersama-sama kita rakyat Malaysia dapat wujudkan yang mustahil dan lindungi orang yang lemah dan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Khamis.

Pada April 2020, agensi penyelidikan JP Morgan meramalkan angka positif Covid-19 di Malaysia mengunjur meningkat kepada 6,300 kes pada pertengahan bulan itu.

Bagaimanapun, jangkaan itu ternyata meleset apabila hanya sekitar 4,000 kes dicatatkan di Malaysia pada bulan itu. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Dr Noor HishamIHMErakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd