• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sesuai Banding Negara Lain Untuk Buat PRU15 – KJ

oleh
08/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hujah pelaksanaan pilihan raya di Singapura dan New Zealand ketika pandemik COVID-19 tidak sesuai untuk dibuat perbandingan dengan Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan kerana skala mereka lebih kecil, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Katanya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, beliau telah melihat kepada data-data jangkitan COVID-19, dan sedar bahawa sekiranya diadakan PRU-15, ia akan mengundang risiko tinggi kepada sistem kesihatan awam.

Khairy turut menarik perhatian mengenai kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas terutama dalam kalangan ahli politik, dan menurutnya beliau berpandangan rakyat secara keseluruhan tidak ingin PRU-15 diadakan semasa pandemik.

“Sebab itu saya rasa tak sesuai membuat perbandingan (buat PRU15) dengan negara lain. Yang cakap nak PRU-15 ini pun saya selalu tengok Facebook, mereka (adalah) yang tidak memakai pelitup muka dan terus bersalaman orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Malaysia Grand Challenge (MGC), di sini hari ini.

UMNO sebelum ini dilaporkan akan membawa usul supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19, pada Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari ini. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19Pilihan RayaPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd