• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah Lagu Indonesia Raya Diubah Warga Sendiri!

oleh Cj Mnh
02/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.

Menurut Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo seperti dipetik media tempatan menyatakan, suspek ditahan 8 malam tadi di sebuah rumah, di Cianjur, Jawa Barat.

“Polis menahan suspek lelaki, berinitial ‘MDF’, dan menyita satu telefon bimbit, satu SIM card dan set komputer,” katanya.

Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan. (seperti umur, asal, dan belajar di mana).

Penangkapan itu adalah hasil kerjasama siasatan kes berkenaan melibatkan Polis Indonesia dan Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini sebuah video telah dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komen di laman YouTube My Asean, yang memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara Indonesia.

Video di YouTube berkenaan telah dipadamkan, namun video itu dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan, sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

Semalam, Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata suspek video berkenaan dilakukan oleh warga republik negara berkenaan, dan bukan dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an, yang ditahan di Sabah. – BERNAMA

Tags: Indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

13/04/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya. Menurut laporan...

LUBNAN: Prajurit Indonesia Gugur Ketika Mengerjakan Solat Isyak

LUBNAN: Prajurit Indonesia Gugur Ketika Mengerjakan Solat Isyak

03/04/2026
0

LUBNAN – Suasana pilu menyelubungi Indonesia apabila seorang anggota tenteranya gugur ketika sedang menunaikan solat dalam misi keamanan di bumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd