• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERMAI Bukti Kepentingan Rakyat Sebagai Keutamaan Kerajaan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) berjumlah RM15 bilion yang diumum semalam, bukti kerajaan meletakkan kepentingan rakyat, ekonomi dan kesihatan awam sebagai keutamaan. 

Pengerusinya Senator Datuk Razali Idris berkata beliau yakin pelaksanaan PERMAI yang meliputi 22 inisiatif itu mampu mengurangkan impak dan beban ditanggung setiap lapisan rakyat dan memberikan ketahanan serta kemampanan ekonomi negara untuk pulih semula.

“Menerusi insentif, bantuan, pemudah cara dan penambahbaikan dalam PERMAI, saya juga percaya pendekatan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet telah menyediakan dorongan yang betul bagi kesejahteraan rakyat dan negara. 

“Seiring dengan hasrat Perdana Menteri itu, adalah diharapkan proses birokrasi agensi dalam sistem penyampaian perlu disifarkan bagi memastikan agihan dan bantuan boleh disegerakan,” katanya menerusi kenyataan. 

PERMAI merupakan pakej berciri realistik dan dinamik berdasarkan kesinambungan pelaksanaan beberapa pakej rangsangan ekonomi negara lalu termasuk Belanjawan 2021 bagi negara yang sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berpendapat dalam hal ini, kerajaan telah melakukan yang terbaik dan rakyat diminta bersama-sama memulihkan ekonomi kendiri, keluarga, komuniti dan negara secara keseluruhannya.

Jelasnya buat masa ini tidak perlulah diperlekehkan niat murni kerajaan kerana apa yang diumumkan dalam setiap pakej rangsangan ekonomi negara membawa pulangan semula kepada rakyat sendiri. – BERNAMA

Tags: Ekonomikesihatan awamPERMAIrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

Rakyat Malaysia Teruja, Terharu Lihat PMX Anwar Sanggup Berhujan Tonton Konsert Siti Nurhaliza

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berhujan demi menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Biduanita Negara, Datuk...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd