Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Polis Lempang Ibu Sampai...

ADA kisah di sebalik video tular yang menunjukkan seorang pegawai polis tiba-tiba menampar...

Rasuah: Bekas COO Rapid...

KUANTAN – Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang dijatuhi hukuman denda sebanyak...

Boleh Bertemu Keluarga Jika...

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kerajaan...

Mahu Sertai India Jayakan...

NAY PYI TAW - Malaysia berhasrat untuk menyertai rancangan kerajaan India dalam membangunkan...

Pembukaan, SOP Masjid Bidang Kuasa Sultan, Negeri

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membuat keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP), aktiviti atau pembukaan masjid kerana bukan di bawah bidang kuasanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebaliknya soal itu tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Sultan dan pihak berkuasa agama negeri.

“Saya terima banyak persoalan dan kiriman video mempertikaikan berkaitan pembukaan masjid termasuk daripada penceramah yang menyalahkan MKN berkenaan SOP ketat aktiviti di masjid.

“Contoh, jika masjid dibuka untuk lima orang sahaja, satu pertiga atau satu perdua daripada kapasiti masjid, maka keputusan terbabit adalah di bawah perkenan Sultan di negeri berkenaan.

“Kementerian berkaitan boleh mengusulkan cadangan melalui Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia untuk penelitian Pihak Berkuasa Agama Negeri, namun keputusan akhir adalah sepenuhnya hak mutlak dan bidang kuasa negeri di bawah naungan raja di setiap negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan pihak tertentu mempersoal SOP di masjid dan surau sebagai mempersoal keputusan Sultan, selain dianggap sebagai kritikan dituju kepada pemerintah di setiap negeri. – BH Online

Kategori