• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, pencapaian itu menunjukkan sokongan orang ramai terhadap aplikasi tempatan susulan keputusan kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam.

Menurut MKN, aplikasi TuJu versi 2.0 kini tersedia untuk pengguna peranti Android, manakala versi iOS dijangka diperkenalkan pada hujung bulan ini.

“Selain TuJu, orang ramai boleh menggunakan PINTAZ atau aplikasi navigasi lain yang bersesuaian,” menurut kenyataan media MKN hari ini.

MKN turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan terhadap aplikasi tempatan yang disifatkan penting dalam memperkasakan industri teknologi negara.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong produk teknologi tempatan bagi memperkukuh kedaulatan negara.

Dalam aspek keselamatan siber, MKN menjelaskan bahawa LLM selaku ketua sektor pengangkutan wajib mematuhi Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) termasuk kod amalan yang ditetapkan.

Menurutnya, semua data pengguna aplikasi TuJu disimpan pada pelayan milik LLM.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) turut mengeluarkan Arahan Ketua Eksekutif yang merangkumi keperluan pengujian tertentu terhadap aplikasi yang dibangunkan secara tempatan.

MKN menegaskan komitmennya untuk terus melindungi kedaulatan maklumat negara serta memperkukuh keselamatan siber Malaysia.

“Keselamatan data dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi,” tegas MKN.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim berhubung larangan penggunaan Waze melalui laman web rasmi NACSA. – MYNEWSHUB

Tags: 000aplikasiCatatLebih 700MKNmuat turunSejak SemalamTuJu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

TuJu Tidak Berkesan Menyusahkan Pengguna, Guan Eng Persoal Berapa Kos Pembangunan Aplikasi

TuJu Tidak Berkesan Menyusahkan Pengguna, Guan Eng Persoal Berapa Kos Pembangunan Aplikasi

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan aplikasi navigasi tempatan TuJu sebagai tidak berkesan dan mempersoalkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd