Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook. 

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Jamal dituduh dengan sengaja memuat naik dua video dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dilihat pada tengah hari, 20 Ogos 2020 di Taman Dagang Avenue, Ampang dekat sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan melalui laman Facebook menggunakan profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pada 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020.

Jamal, 51, dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Setelah beliau minta dibicarakan, Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam Datuk Imran Tamrin yang mewakili Jamal, memohon jaminan yang lebih rendah, RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan tersebut memandangkan anak guamnya yang mengendalikan sebuah restoran ketika ini menghadapi masa yang sukar kerana Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pandemik COVID-19 dan kedua-dua pertuduhan akan dibicarakan bersama.

Hakim Azrul Darus membenarkan jaminan pada RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 18 Februari untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...