• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Malaysia Kes Import Asimptomatik Di Singapura

oleh
29/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tiga lelaki rakyat Malaysia adalah antara 32 kes import asimptomatik yang disahkan di Singapura Khamis, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang permit kerja dan tiba ke Singapura dari negara asal, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini lewat malam tadi.

Sehingga tengah hari Khamis, Singapura mencatatkan sejumlah 34 kes import dengan 32 daripadanya adalah asimptomatik, manakala dua lagi bergejala.

Seorang wanita pemastautin Singapura berumur 29 tahun yang baru kembali dari Malaysia adalah antara kes import asimptomatik di sini.

Singapura turut melaporkan dua kes import dari Bangladesh dan India yang keputusan ujian awal menunjukkan positif bagi strain B117.

Lain-lain kes import adalah dari Indonesia, Oman, Sri Lanka, Pakistan, Romania, Emiriah Arab Bersatu, dan Amerika Syarikat.

Singapura melaporkan tiada penularan tempatan jangkitan COVID-19 Khamis, dan jumlah jangkitan di sini kini adalah 59,425.

Jumlah kluster yang dikesan kekal enam, selepas tiada kluster baharu dikesan.

Sehingga kini 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan jangkitan COVID-19 di Singapura. – BERNAMA

Tags: asimptomatikCovid-19rakyat MalaysiaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd