• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Daging: Kerajaan Janji Tindakan Segera

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dimulakan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Bahagian Pengurusan Halal Jakim, dan beberapa kementerian untuk melihat sekiranya terdapat mana-mana kelemahan untuk dibaiki.

“Saya janji tindakan segera akan diambil dalam piawaian dan bidang kuasa Jakim, di samping kita bekerjasama erat dengan kementerian lain, insya-Allah secara bersepadu. 

“Selepas itu, baru kita tahu apa penyakit-penyakit (masalah) yang perlu diubati (ditangani) khususnya dalam isu pengimportan daging, sama ada ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) halal atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengimport daging sejuk beku di Segambut, di sini, hari ini. 

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa supaya satu RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu kartel import daging haram menggunakan logo halal yang didedahkan oleh media, baru-baru ini. 

Ia mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Mengulas lanjut mengenai RCI, Zulkifli memohon supaya diberikan masa untuk berbincang mengenainya terlebih dahulu. 

“Saya tidak kata perlu, saya tak kata tidak. Sebab perkara ini saya perlu dalami lebih baik lagi, tetapi saya tidak akan ambil masa lama, dalam masa dua tiga hari atau seminggu ini untuk kita lihat respons dan maklumat apakah perkara-perkara yang kita boleh tangani secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada tindakan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd, Damanhuri Mahmod, Zulkifli berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan menerusi persidangan video, hari ini dan memberi nasihat kepadanya.

“Dia pun dah tunjukkan kepada saya surat permohonan maaf yang dikeluarkannya pada 25 Disember lepas… Saya katakan saya tak mahu lagi bahasa-bahasa dan tutur kata sedemikian sekalipun kita dalam keadaan amarah yang amat sangat, kita hendaklah mengikut apa yang Nabi Muhammad SAW ajar.

“Insya-Allah dia janji dengan saya, dan kita nak fokus pembangunan TH Properties dan yang lain-lain semampu mungkin untuk kembalikan kestabilan, kekuatan dan keutuhan Tabung Haji dengan lebih baik lagi,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video menunjukkan Damanhuri mengeluarkan kata-kata kurang sopan dalam satu mesyuarat yang dipercayai membabitkan kakitangan pentadbiran syarikat hartanah berkenaan. – BERNAMA

Tags: HalalJakimKartel DagingRCI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mempersoalkan mengapa pelan pemulihan Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd