• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Akan Keluar Senarai Pengimport Daging Berlesen

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan lanjut bersama Bahagian Pengurusan Halal Jakim turut diadakan bagi menyelesaikan isu itu.

“Saya juga difahamkan, lesen kebenaran menjual daging turut melibatkan kementerian lain, justeru kami akan mengadakan kerjasama lebih erat dengan kementerian yang terlibat.

“Saya akan cakna isu ini dan meninjau sebarang bentuk permasalahan yang ada kaitan dengan logo halal Jakim, sekiranya ada mana-mana kelemahan, kita akan kemas kini,” katanya kepada pemberita di Dewan Negara, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya akan terus berkolaborasi dengan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi memastikan masyarakat mendapat produk daging import 100 peratus halal.

Sementara itu, beliau turut memuji tindakan pengeluar makanan proses Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) yang mengesahkan tiada pembabitan orang tengah dalam urusan import daging dan bahan mentah daripada syarikat itu.

“Saya ucapkan syabas kepada Ramly Burger kerana kenyataan seperti itu akan hilangkan keraguan dan kerisauan orang ramai yang membeli produk syarikat berkenaan.

“Mana-mana penjual daging juga digalakkan menghebahkan kenyataan sama bagi memastikan setiap rakyat terutamanya umat Islam mendapat bekalan makanan yang halal dan bersih,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daging ImportHalalJakimKartel Daging
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd