• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Akan Dilaksana Semula Selepas Kajian Terperinci

oleh
28/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hanya akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kajian terperinci dilakukan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abd Rahim Bakar berkata walaupun diakui ia merupakan sistem percukaian yang komprehensif berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), namun kerajaan mengambil iktibar perkara yang berlaku sebelum ini sehingga menimbulkan pelbagai polemik.

“Sememangnya GST ini merupakan satu sistem percukaian yang komprehensif, tetapi pada masa yang sama ia turut mempunyai kelemahan dalam aspek pelaksanaan, oleh itu kerajaan akan melakukan kajian yang lebih terperinci.

“Mungkin kelemahan seperti soal bayaran balik sehingga menimbulkan kesan kepada indeks harga pengguna menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Eksesais (Pindaan) 2020 di Dewan Negara hari ini.

Beliau yakin sekiranya semua kelemahan itu dapat diatasi, GST akan dapat dilaksanakan kembali dan akan mendapat sokongan pelbagai pihak sekali gus akan meningkatkan kembali pendapatan kerajaan.

Sementara itu, Abd Rahim berkata kerajaan memandang serius tentang kegiatanekonomi gelap, menyebabkan ketirisan hasil sebanyak RM300 billion seperti yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Othman Aziz.

“Kerajaan amat mengambil berat soal ini dan akan memastikan ia dapat diatasi untuk meningkatkan hasil kerajaan.

“Beberapa peruntukan undang-undang diperketatkan dan agensi penguat kuasa dikoordinasi untuk memastikan usaha penguatkuasaan dapat dipertingkatkan sekali gus mengelakkan ketirisan,” katanya.

Ekonomi gelap merupakan aktiviti ekonomi yang tidak direkodkan menyebabkan kerajaan tidak dapat mengutip cukai. – BERNAMA

Tags: cukai barang dan perkhidmatanGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd