• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Kepada Rakyat, Kelangsungan Ekonomi

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak memfokuskan untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Sebaliknya, tumpuan diberikan kepada menjaga kesihatan rakyat, kelangsungan ekonomi dan memastikan ketahanan ekonomi.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, pelaksanaan semula GST itu bukanlah opsyen terkini dan kementeriannya akan mengkaji semua elemen berkaitan.

Katanya, ia termasuklah mempertingkatkan penguatkuasaan Multi Agency Task Force (MATF) untuk mengurangkan ketirisan hasil negara.

“Kita juga sedang melaksanakan langkah pembaharuan struktur, memang kita sedang merangka bagaimana kita ingin memperluaskan hasil negara.

“Kita juga juga akan melaksanakan lebih tinggi governan kerana bagi kita yang lebih penting adalah governan.

“Itu sebabnya Menteri Kewangan amat komited untuk menggubal satu akta yang dinamakan Akta Tanggungjawab Fiskal untuk menambahbaik pengurusan dan pelaburan fiskal,” katanya menjawab soalan tambahan Mohamad Sabu (Amanah-Kota Raja) dalam sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan asal mengenai kedudukan hutang semasa negara, Mohd Shahar berkata, pada akhir September 2020, hutang negara mencatat RM874.3 bilion atau 60.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, mengambil kira semua tanggungan sedia ada, secara keseluruhan pendedahan hutang dan liabiliti kerajaan dianggarkan berjumlah RM1,257 bilion atau 87.3 peratus daripada KDNK.

“Kerajaan komited untuk memastikan pembiayaan semula hutang kerajaan persekutuan secara teratur dan mengikut jadual,” katanya. – myMetro Online

Tags: cukai barang dan perkhidmatanEkonomiGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd