• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan MOTAC Lulus Melalui Undi Belah Bahagian

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan itu selepas diputuskan menerusi undi belah bahagian oleh Ahli Parlimen sebaik sesi perbahasan dan penggulungan menteri selesai.

Menerusi undi belah bahagian yang dijalankan, seramai 109 menyokong manakala 94 tidak menyokong dan 15 orang lagi tidak hadir ketika undian.

Terdahulu, Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri menggulung perbahasan di peringkat kementeriannya hari ini.

Menurutnya, kementerian sudah merangka Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan untuk memulihkan semula keyakinan orang awam untuk kembali merancakkan industri pelancongan.

Beliau berkata, komuniti pelancongan juga perlu bersedia untuk memastikan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengawal Covid-19.

“Kementerian juga kini dalam usaha merancakkan semula pelancongan domestik dengan menawarkan pakej pelancongan kreatif menerusi platform digital.

“Selain itu, pengusaha pelancongan juga diminta untuk meningkatkan standard kualiti perkhidmatan pelancongan seperti kebersihan, keselamatan selaras dengan SOP pengoperasian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Nancy berkata, kementerian juga sudah mula menerokai gelembung perjalanan dengan negara zon hijau menerusi kerjasama agensi kerajaan lain dan pemain industri.

Katanya, beberapa konsultasi sudah dijalankan dengan agensi berkaitan bagi mencari mekanisme terbaik yang boleh digunakan untuk aktiviti rentas sempadan.

“Kementerian mengkaji aktiviti pelancongan minat khas seperti ke pulau dan lawatan dalam kumpulan kecil yang mempunyai aturan aktiviti dengan diuruskan agensi pelancongan berlesen.

“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk kembali merancakkan pelancongan domestik dengan menerokai destinasi menarik di dalam negara kerana masih banyak lagi lokasi, makanan dan budaya tempatan yang masih belum diterokai,” katanya. – myMetro Online

Tags: belanjawan 2021MOTACRUU Perbekalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Seri Tiong King Sing melahirkan rasa teruja lebih 50,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd