• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Peratus Rakyat Terima Vaksin Covid-19 Tahun Depan

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia meletakkan sasaran 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi penyakit Covid-19 pada 2021.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehingga kini, Malaysia telah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan menerima bekalan vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah populasi negara.

Menurutnya, perjanjian pertama adalah bersama COVAX Facility melalui Optional Purchase Arrangement ditandatangani pada 23 November lalu yang menjamin bekalan vaksin sebanyak 10 peratus populasi negara.

“Manakala perjanjian kedua pula adalah perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer dimeterai pada 24 November bagi mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 20 peratus daripada populasi negara (12.8 juta dos).

“Bagi mencapai baki sasaran sebanyak 40 peratus lagi, kerajaan masih dalam proses perbincangan dan rundingan bersama syarikat-syarikat farmaseutikal pembangun vaksin Covid-19 yang lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan status terkini penyediaan vaksin Covid-19 bagi Malaysia dan bilakah ia dijangka mula diberi kepada rakyat.

Dalam pada itu, Khairy berkata, bagi tujuan imunisasi kepada rakyat pula, kerajaan menyasarkan tempoh suku tahun pertama 2021 bagi memperoleh wajaran pertama bekalan vaksin Covid-19.

“Suka ditegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin.

“Keputusan akhir bagi penggunaan sesuatu vaksin di Malaysia hanya akan dibuat selepas melalui proses pendaftaran dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: rakyat Malaysiavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd