• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK12: Kerajaan Pelawa Masyarakat Kongsi Pendapat

oleh
18/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan mempelawa seluruh lapisan masyarakat untuk berkongsi cadangan dan pendapat mengenai hala tuju pembangunan negara sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataannya berkata, cadangan itu boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 2 Disember depan.

“Pandangan boleh diberi tumpuan dalam beberapa bidang iaitu langkah memulihkan semula ekonomi, menangani isu kemiskinan, pembangunan modal insan mahir, penerimagunaan teknologi dan pendigitan, penyertaan masyarakat dalam ekonomi digital, kelestarian alam sekitar, pembangunan Sabah dan Sarawak serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya, menyedari bahawa negara sedang berada dalam situasi yang sukar dan mencabar akibat pandemik koronavirus (Covid-19), kerajaan amat prihatin dan berusaha memastikan RMK12 yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan, digubal untuk membolehkan ekonomi negara kembali pulih serta berdaya saing.

“Memandangkan kemakmuran rakyat adalah keutamaan kerajaan, langkah yang sewajarnya akan diambil untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara di samping memastikan kesejahteraan dan kekayaan negara dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, asas penyediaan RMK12 adalah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan untuk mewujudkan pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta membina negara bersatu, makmur dan bermaruah.

“Pandangan-pandangan yang anda berikan amat dihargai,” katanya.

Cadangan boleh dibuat melalui laman web khas di alamat http://rmke12.epu.gov.my/engagement dan menggunakan tanda pagar #RMKe12 di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Mustapa berkata, kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) sedang dalam proses akhir penyediaan RMK12 yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun 2021.

“Cadangan yang dikemukakan akan dipertimbang dan diperincikan sebagai input dalam penyediaan RMK12,” katanya.

Terdahulu sesi libat urus pertama telah dijalankan pada 5 November sehingga 31 Disember 2019.

“EPU telah menerima 188 maklum balas dalam talian yang terdiri daripada 42 dari organisasi kerajaan, 30 dari organisasi swasta, 50 dari badan bukan kerajaan (NGO), 14 pelajar dan 52 lain-lain organisasi,” katanya.

Katanya, maklum balas yang diterima merangkumi empat dimensi iaitu 63 Dimensi Ekonomi, 44 Dimensi Sosial, 51 Dimensi Alam Sekitar dan 30 Dimensi Alat Dasar dan Tadbir Urus. – Sinar Harian

Tags: Mustapa MohamedRancangan Malaysia ke-12RMK12
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar Dilaksana Sepenuhnya Tahun Depan

Dewan Rakyat: Program Subsidi Bersasar Dilaksana Sepenuhnya Tahun Depan

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata, kerajaan menjangkakan Program Subsidi Bersasar akan dapat dilaksana sepenuhnya bermula pada 2024....

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd