• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Batu Sapi Diadakan Selepas Proklamasi Darurat Tamat

oleh
27/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tamat tempoh Proklamasi Darurat yang diisytiharkan di kawasan itu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata tempoh itu adalah  sama seperti ketika SPR menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Seolah-olah baru juga diterima surat (pemakluman) daripada speaker. Maknanya kita ada tempoh 60 hari untuk melaksanakan tugas kita melaksanakan pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat urusan PRK Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah, di sini hari ini.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 November telah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah, sekali gus membatalkan PRK kerusi itu sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Proklamasi darurat itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan selepas Seri Paduka memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat jemaah menteri berhubung perkara tersebut.

PRK Batu Sapi itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru, dan SPR sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Batu Sapi pada 23 November, hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.

Ditanya mengenai kemungkinan proklamasi darurat akan diisytiharkan di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya bagi mengelakkan PRK di kedua-dua kawasan itu seperti di Parlimen Batu Sapi, Abdul Ghani berkata SPR hanya melaksanakan tugas menjalankan pilihan raya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Seandainya pengisytiharan proklamasi darurat dibuat seperti di Batu Sapi, kita di peringkat SPR akan menurut kehendak perisytiharan yang dibuat sekiranya berlaku darurat di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya,” katanya. 

Pada 17 November lepas, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksanakan di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya yang bakal berdepan PRK, berikutan situasi semasa penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – BERNAMA

Tags: parlimen batu sapiPilihan Raya KecilSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd